SELANGOR AKAN MILIKI PUSAT PAMERAN PERDAGANGAN KOMERSIAL

SHAH ALAM, Jumaat 23 Feb.--Selangor bakal memiliki sebuah pusat pameran dan perdagangannya komersilnya sendiri dalam tempoh dua tahun lagi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Datuk Salamon Selamat.


Menurut beliau, kompleks yang sedang dalam pembinaan di seksyen 14 di sini itu dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2008.

“Dengan adanya pusat pameran dan perdagangan itu akan menjana perkembangan Shah Alam sebagai sebuah kawasan perdagangan dan pentadbiran di negeri itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kos pembinaan tersebut yang dilaksanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu.

“Shah Alam merupakan pusat tumpuan dalam semua aktiviti membabitkan perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya.

“Malah dengan pembinaan pusat pameran dan perdagangan ini, ia bakal menjadikan Shah Alam lebih berkembang selaras dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Perbankan, Kewangan dan Pelaburan (Bafie) 2007 di sini, hari ini.

Expo tiga hari bermula hari ini itu diadakan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada orang ramai mengenai produk-produk kewangan membabitkan pelaburan, unit amanah, insurans serta pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan dan perniagaan.

Malah, expo yang diadakan setiap tahun dan disertai oleh pelbagai bank dan syarikat kewangan itu mampu memainkan peranan sebagai hab promosi terhadap produk dan perkhidmatan perbankan Islam selain menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan rakyat
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Data
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti DUN

21 Mei 2007 (Isnin)
2.30 petang - Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Inkubator Teknologi Makanan (Intem), Kepong (Tempat) Kawasan Industri Kepong

9.00 malam - Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Dewan Taman Ehsan, Kepong

22 Mei 2007 (Selasa)
10.00 pagi - Lawatan bersama UPEN ke Rumah Fakir Miskin Kampong Merbau Sempak (Tempat) Kampong Merbau Sempak
12.00 tengahari - Perjumpaan bersama Pengerusi JKKK Paya Jaras Tengah & Penghulu Nordin Iskandar (Tempat) Pejabat DUN Paya Jaras

6.45 petang - Bacaan yasin & Doa Selamat sempena Lawatan DYMM Sultan Selangor ke China (Tempat) Kediaman Rasmi Menteri Besar

23 Mei 2007 (Rabu)
10.00 pagi - Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Pejabat DUN Paya Jaras

2.30 petang - Taklimat Pengurusan sampah Shah Alam (Tempat) Wisma MBSA, Shah Alam

3.00 petang - Taklimat pembinaan Masjid Taman Subang Perdana bersama YB Dato’ Mokhtar Dahlan, Kontraktor dan JKR (Tempat) Tapak Masjid Subang Perdana

24 Mei 2007 (Khamis)
9.30 pagi - Mesyuarat Jawatankuasa Perancang, Insfastruktur, Bangunan & Landskap MBSA (Tempat) Dewan Renantanda MBSA

9.30 pagi - Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Gombak Bil 04/2007 (Tempat) Tingkat 1, Bilik Gerakan Pejabat Daerah Gombak

10.00 pagi - Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kumpulan Hartanah (Tempat) Bilik Mesyuarat Bestari KHSB

9.30 pagi - Mesyuarat Tindakan Kerja Daerah Petaling 05/2007 (Wakil) En. Noridin Hj Saat (Tempat) Pejabat Daerah Petaling

25 Mei 2007 (Jumaat)
8.30 pagi - Majlis pecah tanah Kompleks Bangunan Baru Pejabat Daerah / Tanah Petaling (Tempat) Lot 37026, Persiaran Atmosfera, Subang Suria

9.00 malam - Mesyuarat Agung UMNO Cawangan
1) Paya Jaras Hilir (Tempat) Dewan JKKK Paya Jaras Hilir)
2) Paya Jaras Permai (Tempat) Pusat Sumber Taman Paya Jaras Permai)
3) Rumah Murah Paya Jaras (Tempat) Kawasan Lapang

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER